Aliff Syukri Terima RM53,000 Selepas Dikecam Netizen

 

KUALA LUMPUR – Usahwan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri baru-baru ini berkongsi sebuah video di instagramnya menunjukkan terima wang RM53,000 daripada google.

Tapi kenapa? Sebenarnya wang yang diterimanya itu adalah katanya hasil daripada laman YouTube dan blog beliau bagi tempoh dua bulan, hasil penjanaan dari pengiklanan bersama syarikat tersebut.

“Terima kasih Google Malaysia kerana bagi Aliff Syukri duit. Kerana Aliff Syukri sering dikecam, dikutuk…Alhamdulillah rezeki kita” katanya.

Beliau juga berkesempatan mengucapkan terima kasih kepada menonton yang ‘subscribe’ akaun Youtubenya.

Salah seorang kakitangan beliau sempat juga berkata “yang kecam dapat apa?”.

Dalam video tersebut, Aliff turut mengagihkan wang yang diterimanya daripada Google kepada pekerjanya termasuklah isterinya Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid. -SuaraTv

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.