Wanita Dipukul Setiap Kali Gambar Di Facebook Dapat ‘Like’

Perkongsian gambar di laman sosial seperti Facebook memberi peluang kepada si pemilik untuk menerima respon daripada rakan kenalan,  namun tidak semua respon yang diterima itu memberi kegembiraan kepada individu terbabit – kerana ia mungkin berakhir dengan kesakitan.

Seorang wanita di Uruguay terpaksa menahan kesakitan dan penderitaan selepas diperlakukan dengan kejam oleh suaminya setiap kali gambar mangsa yang dimuat naik di laman Facebook mendapat “like”.

Mangsa, Adolfina Camelli Ortigoza, 21, dipukul dan diperlakukan dengan ganas oleh suaminya yang cemburu selepas melihatkan gambar mangsa menerima reaksi daripada daripada kenalan-kenalan di laman Facebook, lapor portal berita antarabangsa.

Akibat dipukul, suspek, Adolfina terpaksa menjalani pembedahan untuk membetulkan semula wajahnya.

Menurut peguam wanita itu, suami mangsa, Pedro Heriberto Galeano akan berkelakuan ganas apabila ada individu yang menekan butang “like” pada gambar yang dimuat naik oleh isterinya di laman Facebook.

Arnaldo Martinez berkata, suspek akan membelasah dan memukul mangsa bagi setiap “like” yang diterima pada gambar yang dimuat naik.

Beliau menambah, anak guamnya akan berada dalam ketakutan setiap kali mendapat tahu bahawa seseorang memberi reaksi atau meninggalkan komen pada kemaskininya.

Bahkan, suami mangsa akan mengambil alih akaun Facebook isterinya, di mana suspek akan memuat naik gambar mangsa lalu menumbuk dan menendangnya setiap kali “like” diterima untuk postingtersebut.

“Mulutnya pecah, dia mengalami `kerosakan’ yang teruk disebabkan pukulan itu. Lelaki itu mengawal semua akaun media sosial isterinya. Bagi setiap “like” yang diterima daripada rakan-rakannya, wanita itu akan dipukul kerana suspek menuduh isterinya mempunyai hubungan dengan mereka.

“Hanya gigi Adolfina tidak patah kerana lelaki itu akan memasukkan kain ke dalam mulut isterinya supaya dia tidak boleh menjerit ketika dibelasah,” kata peguam Adolfina.

Lebih malang, rakan-rakan Adolfina tidak mengetahui bahawa setiap “like” yang diberikan mereka menyebabkan mangsa dipukul dengan teruk.

Penderitaan mangsa berakhir selepas bapa mertuanya melaporkan perbuatan kejam anaknya itu kepada polis selepas bimbang Adolfina mungkin akan mati jika serangan berterusan diterima mangsa.

Suspek berjaya ditahan polis dan berdepan hukuman maksimun 30 tahun penjara jika disabit bersalah atas perbuatan tersebut. – mD

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.