Video: Kepala Gelandangan Ini Dipenuhi Ulat Selepas Kecederaan Tidak Dirawat

Ngeri…seorang wanita gelandangan mengalami penderitaan di jalanan selepas kepalanya dijangkiti dan dipenuhi dengan ulat. Nasib baik ada pekerja sukarela yang membantunya dengan membawa dia ke hospital.

Preeti Devi dari India, hanya menangis di jalan dan kelibatnya itu dilihat oleh sukarelawan yang kemudian membantunya. Jika dibiarkan dia mungkin akan meninggal dunia.

Menurut Preeti, 30, dia mengalami kecederaan di kepala selepas diserang oleh sekumpulan orang dan melarikan diri dari rumahnya di Bihar sejak enam bulan lalu. Sepanjang tempoh itu dia hanya merempat di jalan-jalan sekitar Rajasthan.

Disebabkan luka itu tidak dirawat maka ia dijangkiti dengan ulat di kepalanya. Selepas diselamatkan oleh sukarelawan Apna Ghar, Preeti telah dirawat di pusat kesihatan Apna Ghar selama lebih lima bulan.

Kepalanya kini telah sembuh.

“Apa yang Apna Ghar dan sukarelawannya lakukan terhadap saya telah mengembalikan semula keyakinan saya terhadap manusia.

“Jika mereka tidak menemui saya, saya akan mati secara perlahan-perlahan di jalan,” katanya.

Kini Preeti berhasrat untuk kembali ke kampungnya dan memulakan hidup baru.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.