Saudi Mengesahkan Larangan Bergambar di Masjidilharam

KUALA LUMPUR – Bakal jemaah umrah dan haji Malaysia kini tidak lagi boleh mengambil gambar atau berswafoto di Masjidilha­ram dan Masjid Nabawi di Arab Saudi selepas Lembaga Tabung Haji (TH) mengesahkan sudah menerima surat rasmi daripada Bahagian Konsular Kementerian Luar Malaysia.

Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Datuk Seri Johan Abdullah berkata, dengan adanya surat tersebut, jemaah Malaysia kini dilarang untuk berfoto di dua masjid itu.

“TH juga akan mengambil tindakan proaktif dengan memaklumkan larangan itu kepada semua bakal jemaah semasa program kursus asas haji yang dilaksanakan di seluruh negara bermula 2 Disember ini.

“Selain itu, penerangan dan khidmat nasihat menerusi laman media sosial juga akan dilakukan secara berkala kerana medium berkenaan lebih cepat dan mudah untuk disampaikan,” katanya menerusi satu kenyataan di sini semalam, lapor Kosmo.

Johan menambah, jemaah disarankan untuk mematuhi segala peraturan semasa berada di Tanah Suci dan terus menjaga nama baik negara kerana Arab Saudi menyenaraikan jemaah Malaysia sebagai pa­ling berdisiplin.

Kementerian Luar Arab Saudi difahamkan mengeluarkan pekeliling larang tersebut kepada wakil pelbagai negara pada 12 November lalu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.