Ramai Wanita Mahu Hidung Seperti Meghan Markle

Rata-rata wanita mula memberi tumpuan terhadap setiap gaya dan fesyen yang dikenakan oleh aktres Meghan Markle 36 tahun, selepas Putera Harry mengumumkan pertunangan mereka pada 27 November lalu.

Mereka mula obsesi dengan meniru semua butiran pakaian, rambut malah mengikut pakar bedah plastik, ada yang tertarik dengan struktur wajah bakal puteri ini.

“Pesakit mula datang kepada saya kira-kira enam bulan lalu meminta untuk membuat hidung Meghan Markle.

“Dia mempunyai hidung yang cantik, mancung tetapi bila diteliti tidak begitu sempurna. Dari profil, anda dapat melihat bahawa dia mempunyai tulang hidung kecil dan ke depan yang hampir tidak dapat dikesan apabila melihatnya,” terang Stephen T. Greenberg, pakar bedah kosmetik yang berpangkalan di New York, lapor MD.

Bukan hanya hidung, bahkan tulang pipi dan rahang (jawline) juga antara bahagian yang disenaraikan para pesakit sebagai permintaan untuk pembedahan plastik.

Menurut Greenberg lagi, pengaruh Meghan Markle dalam trend pembedahan plastik semakin berkembang bahkan memintas Kim Kardashian dan Kylie Jenner yang selama ini menjadi permintaan untuk miliki wajah seperti mereka.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.