MAB Terima Pesawat Pertama A350-900 WXB

SEPANG – Malaysia Airlines Berhad (MAB) menerima ketibaan pesawat pertama, A350-900 XWB yang selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini hari ini pada pukul 12.10 tengah hari.

Pesawat tersebut berlepas dari Pusat Fasiliti Airbus Toulouse, Perancis pada pukul 1.30 petang (waktu tempatan) semalam.

Majlis meraikan ketibaan pesawat itu diadakan Kompleks Kejuruteraan Pesawat MAB dengan dihadiri Menteri Kewangan II, Datuk Seri Johari Abdul Ghani; Ketua Pegawai Eksekutif MAB, Kapten Izham Ismail dan Duta Perancis ke Malaysia, Frederic Laplanche, lapor Utusan.

MAB telah menempah sebanyak enam pesawat A350-900 XWB daripada Airbus dan bakal menerimanya secara berperingkat-peringkat dalam suku kedua tahun 2018.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.