Korea Utara Musnah Jika Perang

NEW YORK – Duta Amerika Syarikat (AS) ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memberi amaran regim Korea Utara bakal ‘musnah’ jika perang meletus.

Menurut Agensi, Nikki Haley mengeluarkan kenyataan itu selepas Pyongyang melancarkan ujian Peluru Berpandu Antara benua (ICBM) semalam.

“Jika perang meletus, jangan lakukan kesilapan, regim Korea Utara bakal musnah,” kata Haley ketika persidangan tergempar Majlis Keselamatan PBB, lapor MD.

Pada masa sama, Haley turut menyeru semua negara agar memutuskan hubungan diplomatik dan perdagangan dengan Pyongyang susulan ujian ICBM itu.

“Kami menyeru semua negara agar memutuskan hubungan diplomatik dengan Korea Utara,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.