Kempen Pengiklanan Suarez Sebagai Duta Pelancongan RM7.5 juta

KUALA LUMPUR – Kempen pengiklanan bagi mempromosikan destinasi pelancongan di negara ini yang turut melibatkan bintang bola sepak Barcelona, Luis Suarez sebagai duta menelan kos RM7.5 juta.

Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata, ia termasuk pembelian media dan penghasilan video promosi.

“Suarez juga dijadualkan untuk melancong di negara ini selepas tamat Piala Dunia 2018,” katanya pada sidang Dewan Rakyat di sini pagi tadi, lapor Kosmo.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Hee Loy Sian (PKR-Petaling Jaya Selatan) yang bertanyakan faktor pelantikan dan bayaran nilai kontrak kepada Suarez sebagai Duta Pelancongan Malaysia. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.