Keluarga Selena Gomez Enggan Terima Justin Bieber Semula

Ahli keluarga Selena Gomez dikatakan tidak dapat menerima kenyataan bahawa penyanyi itu kini sedang menjalinkan hubungan cinta semula dengan Justin Bieber.

Daily Mail melaporkan, Selena menggangap hubungannya bersama Justin Bieber masih diperingkat awal dan tidak mempunyai rancangan untuk membawa Bieber berjumpa keluarganya.

“Selena dan Justin telah memutuskan untuk tidak menyambut perayaan Thankgiving baru-baru ini bersama-sama kerana hubungan mereka masih diperingkat awal.

“Selena juga dalam proses untuk mengembalikan kepercayaan keluarganya untuk menerima semula kehadiran Bieber.

“Disebabkan itu, mereka mengambil keputusan untuk meraikan perayaan itu bersama keluarga masing-masing,” kata sumber, lapor Gempak.

Tambah sumber, Justin masih berharap agar keluarga Selena dapat menerima kehadirannya semula agar mereka dapat menyambut Krismas bersama pada Disember ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.