GST: Pembangkang Sudah Habis Modal, Ulang Benda Sama

Selepas beberapa cubaan daripada pembangkang untuk memesongkan pemikiran rakyat tidak berjaya, kini mereka beralih semula kepada isu cukai barang dan perkhidmatan (GST).

Mereka cuba menakutkan rakyat dengan menyatakan bahawa kadar GST akan dinaikan selepas pilihan raya umum (PRU) ke-14.

Sebenarnya GST ini sudah lama dijadikan isu oleh pembangkang. Pada pilihan raya negeri Sarawak, Pilihan Raya Kecil Kuala Kangsar dan Sungai Besar, isu sama telah dimainkan.

Pembangkang menyatakan jika Barisan Nasional (BN) menang di Sarawak, Kuala Kangsar dan Sungai Besar, maka kadar GST akan dinaikkan kepada lapan hingga 10 peratus.

Boleh dikatakan ketika kempen, sepanjang masa mereka menjaja cerita mengenai GST ini dengan tujuan menyemai kebimbangan di kalangan pengundi.

Namun selepas BN menang di tiga tempat itu, adakah kadar GST dinaikkan? Ini semua auta pembangkang untuk menang undi dengan cara kotor.

Hari ini, Timbalan Menteri Kewangan 1, Datuk Othman Aziz memberitahu Dewan Rakyat bahawa kadar GST sebanyak enam peratus akan dikekalkan.

Walaupun ada pihak yang mencadangkan supaya kadar sedia dikaji semula namun kerajaan tidak berhasrat berbuat demikian.

“Saya ingin menegaskan sekali lagi kerajaan tidak bercadang untuk menaikkan lagi kadar GST daripada enam peratus, walaupun selepas PRU14.

“Mungkin sesetengah pihak yang mencadangkan (kenaikan) ada sebab tertentu. Tetapi buat masa ini, kerajaan tidak bercadang untuk mengkaji, mahupun menaikkannya di masa depan,” katanya.

Jadi kepada penduduk, jangan terpedaya dengan dakyah palsu daripada pembangkang ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.