Bayi Dilempar Pengasuh Macam Bola Baling

Seorang ibu di kota Phy Ly di Provinsi Ha Nam, Vietnam, yang bernama Ngoc Phuong menceritakan telah menggaji seorang pengasuh anak untuk mengurus bayinya yang baru berusia 8 minggu.

Pengasuh anak yang bernama Nguyen Thi Han (51 tahun) itu bekerja sejak 2 bulan lalu.

Suatu hari Ngoc Phuong berasa curiga kerana berasa pengasuhnya telah melakukan kekerasan terhadap bayinya.

Wajah bayinya kemerahan dan sering menangis dalam tidurnya.

Kerana berasa curiga, dia dan suaminya memasang sebuah kamera CCTV di kamar tidurnya.

Kecurigaan mereka ternyata terbukti.

Dalam rakaman kamera terlihat pengasuh anak itu memukul bayi mereka dan telah menyebabkan bayinya tidak berhenti menangis.

Dalam rakaman itu juga kelihatan bayi malang itu dipukul pada bagian kepala, wajah, dan keseluruhan tubuhnya.

Leher bayi itu juga di goncang dengan kasar.

Apa yang amat menyedihkan sekali bayinya dilempar dan ke udara bagaikan sedang melakukan permainan bola baling.

Ngoc Phuong dan suaminya berasa terkejut dan terus melaporkan peristiwa itu ke balai polis di bandar Phu Ly.

Pengasuh itu kemudiannya ditahan polis.

Menurut laporan dari organisasi kemanusiaan World Vision Vietnam, pengasuh anak sering dilaporkan melakukan kekerasan terhadap anak kecil yang mereka asuh di negara itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.