Ben Affleck Tak Jadi Cerai, Jennifer Garner Mengandung

Mendapati isterinya aktres Jennifer Garner hamil anak keempat, pelakon Hollywood Ben Affleck telah membatalkan hasratnya untuk bercerai.

 

Hollywood Life melaporkan, memetik sumber terdekat selebriti itu, berita kehamilan tersebut sebenarnya sudah menyelamatkan perkahwinan mereka.

 

Dalam pada itu, sumber terdekat juga memberitahu Jennifer berharap agar sikap suaminya yang gemar berparti itu berubah.

 

Jennifer dan Ben berkahwin pada 2006 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Violet, 10, Seraphina, 7 dan Samuel, 4.

 

Pasangan ini juga kemudiannya mengumumkan perpisahan mereka pada April lalu.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.