Pemimpin Rusia Gesa Lancar Bom Nuklear Ke Atas Turki

ISTANBUL – Kemarahan Rusia terhadap tindakan Turki menembak jatuh pesawat pejuangnya awal minggu ini semakin memuncak apabila seorang ahli politik negara tersebut menggesa keraja­an melancarkan bom nuklear ke Istanbul.

 

Laman web Mir­ror.co.uk me­laporkan, Vladimir Zhirinovsky menggesa Presiden, Vla­dimir Putin menggugurkan bom nuklear di Istanbul sekaligus menghapuskan sembilan juta orang yang me­netap di bandar raya ber­kenaan.

 

“Serangan nuklear boleh memusnahkan Istanbul dengan mudah. Hanya dengan sebutir bom sahaja seluruh bandar raya tersebut akan terhapus,” jelas­nya.

 

Dalam perkembangan lain, Moscow akan membatalkan perjanjian perjalanan tanpa visa dengan Turki bermula tahun depan.

 

“Keputusan telah diambil untuk menamatkan perjanjian visa dengan Turki. Keputusan akan berkuatkuasa 1 Januari depan,” kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

 

Putin sebelum ini mengarahkan rakyatnya supaya tidak me­lancong ke Turki dan menggesa mereka yang berada di negara tersebut untuk segera pulang ke tanah air.

 

Sementara itu, berdasarkan data daripada Kementerian Pertahanan Rusia mendedahkan, serangan udara Moscow di Syria banyak dilancarkan di bahagian barat laut negara tersebut iaitu lokasi penempatan etnik Turkmen.

 

Laman web Arab News melaporkan, Rusia melancarkan sekurang-kurangnya 17 serangan udara yang menyasarkan etnik Islam Turkmen sejak Pre­siden Vladimir Putin mengarahkan tindakan ter­sebut pada 30 September lalu.

 

Data tersebut turut melaporkan ba­gaimana Rusia memusnahkan kubu pe­luru, pusat peme­rintah dan kilang bom di bandar Salma, Ghmam dan Kesladshuq.

 

“Bandar Salma yang majoriti penduduknya adalah etnik Turkmen telah dibom sekurang-kurangnya lapan kali dan secara geografi­nya merupakan lokasi serangan utara,” menurut data Kementerian Pertahanan Rusia. – UTUSAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.