Minyak Dunia Naik Menjelang Mesyuarat OPEC

Hari ini, harga minyak mentah dunia naik dalam dagangan awal, walaupun keuntungan terhad apabila para pelabur menunggu mesyuarat OPEC tidak lama lagi.

 

Menteri-menteri dari kumpulan pengeluar minyak akan menetapkan dasar dalam menghadapi pasaran berlebihan pada mesyuarat kali ini, lapor Reuters.

 

Harga minyak sedang mengalami penurunan sebanyak 10 peratus pada bulan ini.

 

Minyak mentah Amerika Syarikat naik 18 cent kepada AS$41.88 setong selepas jatuh lebih daripada tiga peratus pada Jumaat lalu.

 

Brent pula naik sebanyak AS$0.04 kepada AS$44.90 setong.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.