PM Ucap Tahniah Pada Harimau Malaya

Kuala Lumpur – Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan tahniah kepada Harimau Malaya di atas kejayaan skuad negara menumpaskan pasukan Singapura pada kejohanan Piala AFF Suzuki di Stadium Nasional, Singapore Sports Hub malam tadi.

“Tahniah Harimau Malaya berjaya tundukkan Singapura 3-1. Kita mara ke separuh akhir! #AFFSuzukiCup,” kata Perdana Menteri dalam laman Twitternya.

Kemenangan itu, hasil jaringan Mohd Safee Mohd Sali, Safiq Rahim dan Indra Putra Mahayuddin, membolehkan Malaysia menempah slot separuh akhir bersama-sama juara Kumpulan B, Thailand.

Pada peringkat separuh akhir awal Disember ini, Malaysia akan bertemu juara Kumpulan A, Vietnam manakala Thailand yang merupakan juara tiga kali, bakal membuat perhitungan dengan naib juara Kumpulan A, Filipina.

Perlawanan separuh akhir akan dijalankan mengikut format timbal balik iaitu separuh akhir pertama pada 6 dan 7 Dis manakala separuh akhir kedua pada 10 dan 11 Dis.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.