Kekalkan Akta Hasutan Bukan Kunci BN Terus Kekal – Najib

Kuala Lumpur – Keputusan untuk mengekalkan Akta Hasutan 1948 bukan kunci Barisan Nasional (BN) terus kekal berkuasa, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Ahad.

Najib yang juga Pengerusi BN berkata, kerajaan tidak mempunyai agenda tertentu apabila memutuskan untuk mengekalkan akta tersebut kerana sesebuah kerajaan itu dipilih oleh rakyat pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

“Akhirnya kita menyedari bahawa BN tidak bergantung kepada akta tersebut untuk kekal berkuasa tetapi rakyat Malaysia memilih sesebuah kerajaan,” katanya ketika merasmikan Perhimpunan Agung Parti Progresif Penduduk (PPP) ke-61, di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra ( PWTC ) di sini, Ahad.

Turut hadir, Presiden PPP, Tan Sri M Kayveas.

Pada Khamis, Najib yang juga Presiden Umno memutuskan akta itu  dikekalkan bertujuan melindungi agama Islam dan agama lain serta mendakwa mereka yang menghasut Sabah dan Sarawak keluar daripada Malaysia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.