“Saya Terharu Masih Ada Golongan Tak Mampu” – Calon PH PRK Tanjung Piai

“Saya bukan berkempen, tetapi (hadir) atas undangan pihak penganjur,” kata calon Pakatan Harapan (PH) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai, Karmaine Sardini, 66, pada program Sumbangan Asnaf di Dewan Haji Salleh, Kampung Sungai Burung, Pekan Nanas, semalam.

Karmaine adalah Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang diumumkan sebagai calon PH untuk bertanding PRK Tanjung Piai di Dewan Hai Kee, Batu 34, Jalan Pontian, kelmarin.

Beliau yang akan bertanding pada 16 November hadapan menyampaikan bantuan keperluan harian kepada 50 golongan asnaf hasil sumbangan Tabung Ekonomi Usaha Niaga (Tekun).

Karmaine ketika ditemui berkata, pembabitan dalam program berkenaan bukan kerana berkempen, tetapi atas undangan pihak penganjur Tekun.

Lain-lain berita;

“Menang atau kalah (adalah) adat pertandingan. Namun saya mengharapkan siapa sahaja yang terpilih dalam PRK ini perlu menggalas tugas dengan penuh tanggungjawab

“Melalui program yang dihadiri ini, saya amat terharu kerana masih ada golongan tidak berkemampuan dalam arus permodenan,”katanya.

Menurutnya, jika terpilih pada PRK, dia akan menjalankan tugas diamanahkan termasuk menaikkan ekonomi dalam industri pelancongan, pertanian dan perikanan.

Lain-lain berita;

Penerima bantuan, Rahmah Abas, 83, berkata, dia bersyukur atas keprihatinan pihak Tekun membantu golongan yang memerlukan.

Rahmah anak kelima daripada tujuh beradik dan belum pernah berkahwin memberitahu dia bergantung hidup dengan bantuan bulanan RM300 dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) selain bertanam pelbagai sayuran di halaman kediaman.

Lain-lain berita;

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.