Tinggalkan UMNO Demi Sertai PPBM, Ku Li Harap Ia Tidak Sia-sia

 

KUALA LUMPUR – Veteran UMNO Tengku Razaleigh Hamzah berharap usaha meninggalkan parti oleh bekas Ahli Parlimen UMNO demi menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) tidak berakhir dengan sia-sia apabila menyifatkan ‘ular sawa dipelawa masuk ke sarang ular lidi’.

“Ini cerita ular sawa (UMNO) dijemput masuk sarang ular lidi (PPBM). Kita nak tahan macam mana?

“Asalkan mereka tak berpaut kepada dahan yang rapuh,” katanya ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.

Ahli Parlimen Gua Musang itu berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai jangkaan Anggota Majlis Tertinggi PPBM, Datuk A Kadir Jasin yang mendakwa kira-kira 40 ahli parlimen UMNO akan meninggalkan parti itu dan menyertai PPBM.

Ku Li berkata tidak tahu menahu kesahihan dakwaan itu dan secara peribadi beliau tidak pernah dipelawa oleh PPBM.

“Tidak tahulah… Saya bukan ahli nujum. Saya tidak ada (dapat lamaran daripada PPBM) saya racun kuat, (mereka) tidak berapa nak terima saya barang kali,”katanya lagi.

Baru-baru ini, Ahli Parlimen Jeli, Datuk Seri Mustapha Mohamed selepas beberapa waktu meniggalkan UMNO kemudiannya membuat keputusan untuk menyertai PPBM.

Dalam pada itu Ku Li yang juga Pengerusi Majlis Penasihat Jemaah UMNO mendakwa tidak dimaklumkan tentang cadangan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk menjenamakan semula parti itu.

“Saya tahu pun daripada laporan media. Ia tidak pernah dibincangkan,” tambahnya.-SuaraTv

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.