PPBM Tiada Masa Depan, Kata Nazri Aziz

KUALA LUMPUR – Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Datuk Seri Mukhriz Mahathir tidak mempunyai masa depan yang cerah dalam parti itu untuk jangka masa yang panjang.

Jelas Ahli Parlimen Rengas Datuk Ser Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata ini kerana dalam parti tersebut hanya ada dua pemimpin sahaja iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Justeru, Nazri mempelawa Mukhriz kembali ke pangkuan UMNO, membalas jemputan anak Perdana Menteri itu sebelum ini.

“Saya pelawa masuk Umno sebab ini parti Melayu. PPBM mungkin tidak ada masa depan sebab pemimpin mereka hanya Dr Mahathir dan Muhyiddin. Kalau mereka berundur sudah tidak ada kepimpinan dalam parti itu,” katanya.

Nazri mengingatkan Mukhriz sebelum ini dibantu oleh akar umbi Padang Rengas semasa sbertanding jawatan Naib Presiden UMNO.

“Dulu masa Mukhriz bertanding naib presiden pun Umno Padang Rengas bagi undi pada beliau.”

Mukhriz sebelum ini berkata PPBM sedia menerima wakil-wakil rakyat Umno menyertai parti itu kecuali Nazri dan 3 individu lain tanpa menyatakan sebab-sebab khusus.

Individu lain adalah Najib, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim.

Nazri dalam pada itu menegaskan tidak akan meninggalkan UMNO.

“Tidak pernah terfikir dan terlintas di hati saya untuk tinggal Umno dan masuk PPBM,”tambah beliau.-SuaraTv

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.