Pemimpin PKR Terus Pertikai Komponen PH Terima Ahli Parlimen Lompat Parti

KULAI – PKR Johor hari ini menegaskan Pakatan Harapan (PH) tidak memerlukan pemimpin UMNO yang didakwa akan melompat parti masuk ke dalam parti berkenaan.

Timbalan Pengerusinya, Jimmy Puah Wee Tse berkata, tindakan itu adalah melanggar prinsip dan mandat rakyat yang telah memilih PH untuk menjadi kerajaan pada hari ini.

“Saya rasa tidak ada keperluan untuk orang (pemimpin) dari UMNO nak masuk ke dalam PH. Saya cukup yakin kita mempunyai pemimpin-pemimpin yang cukup hebat.

“Bila UMNO masuk ke dalam PH, ia bukan sahaja akan melanggar mandat rakyat sebaliknya saya takut lama kelamaan budaya ‘DNA’ UMNO ini akan meresap masuk ke dalam PH,” katanya yang juga Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Antarabangsa, Pelaburan dan Utiliti negeri ketika diminta mengulas mengenai dakwaan 40 lagi Ahli Parlimen UMNO akan keluar parti kerana menyatakan hasrat untuk menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Senai Aiport City Roadshow for Federation of Malaysian Manufactures (FMM) Members in Johor di Senai Business Aviation Terminal di sini sebentar tadi. – UTUSAN

One thought on “Pemimpin PKR Terus Pertikai Komponen PH Terima Ahli Parlimen Lompat Parti

  • October 31, 2018 at 12:52 am
    Permalink

    Jgn terima bekas2 parti korup?
    Wayang ..bukan ikhlas masuk PH…!

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.