‘Live’ Najib Di FB, Tarik Hampir 100 Ribu Tontonan Selepas 10 Minit

Oleh: Naimah Shaari

 

KUALA LUMPUR – Siaran langsung yang diadakan di laman sosial Facebook oleh bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tub Razak telah menarik tonton hampir 100,000 penonton selepas hanya 10 minit ke udara.

Setakat ini, ‘live’ itu menerima lebih dari 15,000 komen dan dikongsi oleh pelayar FB lebih dari 8,500 perkongsian.

Walaupun ada yang meninggalkan komen yang negatif, ramai pelayar memberikan komen yang positif dan kata-kata semangat buat Najib agar tabah dan sabar menghadapi dugaan dan tekanan dari kerajaan PH selain mendoakan Najib sentiasa di bawah rahmat Allah SWT.

Seorang pelayar FB Bob Selangor Fanatik meninggalkan komen berdoa dan berharap supaya Najib menjadi Perdana Menteri semula memandangkan rakyat kini mengalami kesukaran hidup selepas enam bulan di bawah pentadbiran PH.

Ratu Mawar pula berkata, Najib tidak akan berani berkata-kata dan tampil membersihkan namanya jika beliau benar-benar telah mebuat kesalahan dan kesilapan ketika mentadbir negara ini.

 

Najib telah membuat ‘live’ pada jam 9 malam tadi bercakap mengenai sikap dan tindakan kerajaan Pakatan Harapan (PH) sekarang yang gemar menyalahkan beliau dan parti Barisan Nasional (BN) semenjak menjadi kerajaan pada 9 Mei lalu.

Beliau turut memberi nasihat kepada kerajaan PH agar berhenti menyalahkan pihak lain dan perlu akui kelemahan dan kegagalan PH sendiri selain perlu perbetulkannya dan memimpin negara ini ke arah lebih maju.

 

One thought on “‘Live’ Najib Di FB, Tarik Hampir 100 Ribu Tontonan Selepas 10 Minit

  • October 31, 2018 at 12:49 am
    Permalink

    Tnggu jer salah ke tak? Rasa2nya salah? Jutaan ringgit dlm rumah duit apa? Duit gaji ker ha?? Fikir2 kan lah!! Wahai tongong2 sekelian??

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.