VIDEO: Kamera Tertutup Di Tandas Restoran Mamak Ditemui

KUALA LUMPUR – Baru-baru ini tersebar di media sosial penemuan camera tersembunyi di sebuah kedai restoran mamak oleh sekumpulan lelaki.

Kemera tersembunyi diletakkan di dalam tompol pintu di sebuah restoran di Kuala Lumpur.

Ia dipercayai bertujuan untuk ‘mengintai’ bagi  melampiaskan nafsu.

Video tersebut berdurasi 0:55 saat itu ditontoni oleh 59,620 penonton di Youtube.

Netizen ramai yang melontarkan kemarahan di ruangan komen dan meyakini ianya dilakukan oleh pengusaha kedai mamak sendiri.

“Ramai org kluar masuk. X tau keje sape..x smestinye kedai mamak keje mamak..,” kata Ini bukan!

“Patut bagitau je nama kedai mamak tu. Biar orang tau dah lain kali takyah datang tempat macamtu,” ujar Irfan Zainuddin.

“X kira sapa yg masuk tandas tu ni dah melibatkan maruah orang islam.Gila seks punya kedai!Apa lah bodoh dlm internet pun ada video tu.Pasang kmera nk bg org len viral msuk neraka ke apa!Awek melayu dtg nk mkn bukan nk tyg maruah kat korang!bodoh!,” tambah Muhd Yusuf.

Bukan setakat di restoran malah ada juga yang berpendapat meletakkan kamera tertutup juga berlaku di bilik cubaan baju di kedai-kedai.

“Kat kedai baju dalam fitting room tu pun ada hidden camera..camera ada disebalik cermin tu so kena hati2 dia ada trick nak tau cermin tu betul atau fake (palsu),” kata ash muryode.

Justeru semua masyarakat di luar sana kaum hawa khusunya disarankan agar berhati-hati.-SuaraTv

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.