Jakim Senada Dengan Mujahid, Gay Tak Semestinya Jalin Hubungan Songsang

KUALA LUMPUR – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) hari ini senada dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mujahid Yusof Rawa bahawa tidak semua jumlah gay yang diberikan oleh Kementerian Kesihatan telah melakukan hubungan sejenis.

Sebliknya kata Penolong Pengarah Kanan, Cawangan Sosial, Bahagian Pembangunan Keluarga Sosial dan Komuniti Jakim Dr Mohd Izwan Md Yusof jumlah gay ini dikategorikan mengikut definisi lelaki yang memiliki ketertarikan sesama jenis dari sudut seksual, romantik dan fizikal.

“Gay menurut definisi oleh Blanch Consulting, adalah seorang lelaki yang memiliki ketertarikan sesama jenis dari sudut seksual, romantik dan fizikal.

“Sehubungan itu, seseorang yang dilabel gay, tidak semestinya telah melakukan hubungan sesama jenis samada homoseksual atau liwat.

“Golongan ini baru dianggap memiliki same sex attraction iaitu ketertarikan sesama jenis,” katanya menerusi kenyataan.

Terdahulu Mohd Izwan berkata jumlah gay dalam negara semakin membimbangkan apabila meningkat dengan mendadak berbanding hanya 173,000 individu yang direkodkan kira-kira lima tahun lalu.

Semalam Mujahid yang juga Ahli Parlimen Parti Buntar berkata tidak semua daripada lebih 300,000 gay terlibat dalam hubungan songsang.-SuaraTv

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.