Isu Tanah DBKL: Saya Dipanggil 12 Kali – Ku Nan

KUALA LUMPUR: Bekas menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mendedahkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memanggilnya 12 kali bagi membantu siasatan berhubung isu penjualan tanah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), sejak Pakatan Harapan (PH) menjadi kerajaan.

“Saya telah beri keterangan apa yang saya tahu,” katanya dalam sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian selepas mencabar Tan Kok Wai (PH-Cheras) mengulangi dakwaannya di luar Dewan Rakyat yang 64 lot tanah milik DBKL dijual di bawah harga pasaran melalui rundingan terus atau “tiada rundingan” langsung.

Tan mendakwa isu itu ialah skandal yang tidak memanfaatkan rakyat dan tindakan mahkamah perlu diambil terhadap pihak terbabit.

Tengku Adnan (BN-Putrajaya) yang lebih dikenali sebagai Ku Nan berkata, selepas dilantik sebagai menteri wilayah mulai 2013, isu penjualan tanah diserahkan kepada Jabatan Perdana Menteri (JPM).

“Kalau berani tuduh saya di luar, saya akan bawa awak (Tan Kok Wai) ke mahkamah.

“Masalah tanah di Wilayah (Persekutuan) semasa saya ambil alih jawatan menteri pada 2013, saya telah pulangkan kepada JPM, saya tidak ada kena-mengena dengan kelulusan tanah.”

Sementara itu, Menteri Wilayah, Khalid Abdul Samad mengakui isu penjualan tanah itu turut membabitkan pihak lain.

“Saya akui bukan hanya DBKL dan Kementerian Wilayah sahaja terlibat, exco tanah dan Putrajaya (Tengku Adnan) bukan pengerusi, tetapi apa yang berlaku, harga dijual rendah dan tidak ikut prosedur dan kita serah kepada SPRM.”

Terdahulu, Tan meminta menteri wilayah menjelaskan bilangan tanah di Kuala Lumpur yang dijual DBKL di bawah harga pasaran kerana ia mempunyai unsur penyelewengan.

Pada 9 Oktober lalu, Khalid dilaporkan berkata, RM149 juta diperolehi menerusi rundingan semula 16 daripada 23 transaksi jualan tanah seluas 104 hektar milik DBKL.

Rundingan semula itu dilakukan Jawatankuasa Khas ekoran tindakan kerajaan terdahulu menjual tanah itu pada harga lebih rendah daripada pasaran sehingga merugikan DBKL.

Secara keseluruhan, 97 transaksi membabitkan penjualan tanah milik DBKL bernilai RM5.63 bilion disiasat.

Selain 23 daripadanya berjaya dirunding semula, 10 transaksi sudah dibatalkan, satu transaksi dibawa ke mahkamah, manakala 43 transaksi tanah diteruskan seperti biasa.

Sebanyak 20 lagi transaksi tanah yang selesai dipindah milik kepada syarikat, diserahkan kepada SPRM untuk siasatan lanjut. – FMT

5 thoughts on “Isu Tanah DBKL: Saya Dipanggil 12 Kali – Ku Nan

  • October 30, 2018 at 1:21 pm
    Permalink

    Byk cakap lak? Sprm siasat lagi…pantang ada tanah kosong habis nk buat kondo..ada masuk fasal tu la?? Ni lagi tk guna?? Habis beras je?? Tk kan tk dapat 1sen lulus mcm2 lor!!!
    Siasat dia ni!!!

    Reply
  • October 30, 2018 at 1:24 pm
    Permalink

    Hrp2 terbukti ada rasuah..pecah amanah..
    Semua dulu… mcm ada ?? Siasat dan terus siasat…bagi beras pun ada gambar dia.. tu apa bukan rasuah ke? Ngok!!

    Reply
  • October 30, 2018 at 1:25 pm
    Permalink

    Spesis dia org sama jer…..

    Reply
  • October 30, 2018 at 1:28 pm
    Permalink

    Usah takbur angkuh sgt!!! PH rampas putrajaya ….. biar dia duk senyap diam!!

    Reply
  • Pingback:Isu Tanah DBKL: Saya Dipanggil 12 Kali – Ku Nan | Malaysia Updates News Portal

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.