Hampir 200 Hari, Hala Tuju PH Untuk Ekonomi Masih Tak Jelas – Najib

KUALA LUMPUR – Walaupun hampir 200 hari menubuhkan kerajaan dan memimpin negara, Pakatan Harapan masih lagi gagal memberikan hala tuju pentadbiran negara khususnya dalam aspek ekonomi, kata bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Sebaliknya menurut beliau, ekonomi pada hari ini semakin meruncing jika dibandingkan ketika Barisan Nasional (Bn) menjadi kerajaan.

Jelas beliau, dengan penguncupan pertumbuhan ekonomi malah lebih buruk diramalkan trend pada tahun depan semakin menurun pada kadar 4.5 peratus.

“Kalau kita lihat dari sudut kedar pertumbuhan ekonomi pada masa BN memerintah kita mencapai kadar pertumbuhan sebanyak 5.9 peratus pada 2017 malah dalam tempoh 9 tahun saya menjadi PM kadar pertumbuhan pukul rata 5.2 peratus,” katanya dalam siaran langsung dalam Facebooknya sebentar tadi.

Tambah Najib kerajaan Pakatan Harapan yang diketuai Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini selain sering membuat kenyataan yang bersifat ‘flip flop’ turut ternyata sah membuat pembohongan setelah mengesahkan hutang negara bernilai RM686 bilion bukan seperti yang didakwa sebelum ini mencecah RM1 trilion.

“Dalam soal hala tuju kita lihat terlalu banyak yg dilakuan yang bersifat flip flop atau u turn dan penjenamaan semula apa yang dilakukan oleh kerajaan BN.

“Ada juga yang amat mengelirukan rakyat atau ada sesetengah pihak kata menipu rakyat umpanya hutang negara dikatakan RM1 trilion tapi bila dokumen kajian semla RMK-11 ( Rancangan Malaysia Ke-11) dibentangkan baru-baru ini dokumen itu sendiri menyatakan dan mengesahkan bahawa hutang negara sebenarnya hanya RM686 bilion, satu angka yang kita telah gunakan selama ini dan dokumen Pakatan Harapan telah sahkan itu sebenarnya saiz hutang negara,” tambahnya.

Ketidaktentuan ekonomi kata Najib lagi akhirnya akan memberi kesan kepada rakyat yang kehilangan kerja akibat pelabur semakin tidak yakin dengan Malaysia.

Namun katanya inisiatif BN sebelum ini yang memperkenalkan Skim Insurans Pekerjaan (SIP) semasa memerintah sedikit sebanyak memberi kebaikan kepada penganggur dalam negara.

Justeru Najib berharap agar Pakatan Harapan memberikan tumpuan kepada cara untuk menyelamatkan ekonomi negara berbanding berterusan menyalahkan BN dan dirinya demi kebaikan rakyat.

“Jadi kesimpulannya saya berharap bahawa kecenderungan kerajaan PH untuk menyalahkan Najib, kerajaan BN tidak lagi menjadi pendekatan mereka, sepatutnya seluruh perhatian dan tenaga mereka digunakan untuk bagaimana kita boleh menyelamatkan ekonomi negara, bagaimana kita boleh melingdungi kepentingan rakyat, bagaimana kita boleh menghadapi persekitaran ekonomi yag lebih mencabar,” ujarnya.-SuaraTv

One thought on “Hampir 200 Hari, Hala Tuju PH Untuk Ekonomi Masih Tak Jelas – Najib

  • October 31, 2018 at 12:38 am
    Permalink

    Usah ckp byk?? Tk layak da? Perasuah!! Perompak duit rakyat?? Bila jatuh hukum dia ni?? Berapa lama mau tnggu??meluat mual menyampah muak!!!

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.