FB Live Najib 9 Malam Ini

KUALA LUMPUR – Buat pertama bekas Perdana Menteri Najib Razak akan membuat siaran langsung atau ‘live’ di Facebook malam ini. 

Beliau memaklumkan akan membuat siaran langsung itu pada 9 malam ini menerusi posting di akaun Facebook rasminya. 

“Saya cadang nak buat Facebook Live malam ini, lebih kurang 9.00 pm . Siapa free malam ini boleh join di Facebook saya,” tulis Najib dalam hantaran tersebut.

Walaubagaimanapun Najib tidak memaklumkan topik yang akan dikatakannya nanti. 

Hantaran itu turut menerima Like sebanyak 28 100  pengguna dan 6500 komen. 

Ramai pengguna Facebook menyatakan kesediaan untuk menonton siaran langsung itu nanti. 

“Posting ini baru 5 jam di post sudah mencecah 28k like…,” kata Ahmad Zol. 

“Saye join dato seri,” Asna Wie berkata. 

“Great DSN…eager to see you tonight!!,” Lathiff Shaik Dawood. 

“Terbaik,nak join,” Farhan Azman. 

Najib selepas PRU-14 sering membuat kenyataan menerusi akaun Facebooknya.-SuaraTv

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.