Elak Subjudis, Prosiding PAC Tentang 1MDB Ditangguh

KUALA LUMPUR – Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) menangguhkan sesi pertama prosidingnya mengenai skandal 1Malaysia Develoment Berhad (1MDB) pada Isnin demi mengelakkan subjudis dalam perbicaraan jenayah yang sedang berjalan di mahkamah.

PAC membuat keputusan itu selepas menerima sepucuk surat Pejabat Peguam Negara (AGC) Jumaat lalu, dipetik daripada sebuah portal.

“AGC menasihatkan kami untuk menangguhkan prosiding kami dan juga membangkitkan kebimbangan bahawa prosiding kami boleh menjejaskan perbicaraan jenayah yang sedang berlangsung yang turut melibatkan 1MDB,” kata sumber itu.

Sumber juga berpendapat bahawa prosiding atau sidang badan perundangan tentang apa-apa perkara harus bebas dari pendengaran mahkamah.

“Ada di antara kami merasakan PAC masih boleh meneruskan prosiding 1MDB tetapi kami memutuskan untuk menangguhkannya.

“Bagaimanapun, kami akan bertemu dengan peguam negara Tommy Thomas minggu ini untuk menjelaskan status undang-undang proses PAC ke 1MDB,” tambah sumber itu.

Semalam, PAC menangguhkan prosiding siasatan 1MDB membabitkan bekas Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang ke satu tarikh dan masa yang akan ditetapkan kemudian.

Keputusan berkenaan diumumkan oleh Pengerusi PAC Datuk Seri Dr Ronald Kiandee dalam satu kenyataan semalam.

Subjudis dari sudut undang-undang bermaksud ia sedang dipertimbangkan oleh mahkamah dan oleh itu tidak boleh diperkatakan khalayak ramai.-SuaraTv

One thought on “Elak Subjudis, Prosiding PAC Tentang 1MDB Ditangguh

  • October 30, 2018 at 1:18 pm
    Permalink

    Apa perlu tangguh?? Da terbukti !! Tnggu apa lagi?? Jln terus….

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.