Azmin Salahkan JPP PKR

KUALA LUMPUR – Penyandang jawatan Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Azmin Ali menyalahkan Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) PKR tidak menjalankan tugas dengan baik sehingga menyebabkan masalah itu timbul.

Beliau mendakwa boleh memiliki margin undi yang besar di Selangor jikwa tidak berlaku masalah undi pada pemilihan parti Ahad yang lalu.

“Cuba lihat di Selangor, undi hilang dan Ampang sahaja 1,100 undi hilang. Bahagian saya sahaja 800 undi hilang.

“Anda cuba bayangkan jika undi ini ada, pastinya margin saya lebih besar dari apa yang saya perolehi, tetapi biarkan mereka membuat keputusan dan siasat,” katanya.

Tambahnya JPP perlu bertindak sebagai badan bebas untuk mengendalikan pemilihan PKR secara telus dan adil, serta menyiasat aduan berkaitan rasuah.

“JPP tidak boleh dipengaruhi tekanan politik daripada mana-mana pemimpin dan mesti menyiasat aduan ini secara telus.

“Sekiranya ada yang mempunyai bukti-bukti yang kuat, harus kemukakan bukti ini untuk JPP menyiasat aduan tersebut,” katanya lagi.

Kelmarin, Ketua Koordinator PKR Selangor, Hassan Yusof dipetik Bernama berkata, undi terkumpul Azmin ialah 18,453 undi berbanding pencabarnya, Rafizi Ramli yang mendapat 15,045 undi, selepas 21 bahagian PKR Selangor mengadakan pemilihan sehingga Ahad lalu.

Hanya bahagian Kuala Selangor yang terpaksa menangguhkan pengundian selepas polis mengesahkan “jammer” menghalang isyarat internet ditemui di ruang tempat duduk Stadium Tertutup Kuala Selangor yang merupakan lokasi pemilihan bahagian itu.

Azmin kini mendahului Rafizi dengan majoriti 1,647 undi, selepas 12 negeri, kecuali Kuala Selangor, Sabah dan Sarawak yang belum mengadakan pemilihan.

Keputusan tidak rasmi itu juga tidak termasuk hasil pengundian di 6 cawangan Melaka dan Negeri Sembilan, ekoran isu undi hilang.

Terdahulu Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin juga berpendirian bahawa JPP gagal menjalankan tugas dengan efisyen apabil lambat menangani masalah yang berlaku pada pemilihan parti itu iaitu undi hilang, penemuan ‘jammer’ dan pengundi yang tidak dikenali termasuklah politik wang. -SuaraTv

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.