Wanita Maut Selepas Budak Cuba Bunuh Diri, Jatuh Atas Keretanya

Naya….seorang wanita terbunuh selepas seorang budak berusia 12 tahun terjatuh di atas kenderaannya ketika budak itu cuba membunuh diri dengan melompat dari jejambat di Maryland.

Marisa Harris, 22, ketika itu sedang memandu kereta di laluan Cedar Lane. Secara tiba-tiba, budak lelaki tersebut yang tidak didedahkan nama, jatuh di atas kereta Ford Escape milik Marisa.

Dia disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala budak itu terselamat dalam kejadian yang berlaku pada pukul 4.18 petang itu.

Tidak diketahui apa punca yang menyebabkan budak itu mahu membunuh diri dengan melompat dari jejambat setingga 30 kaki itu.

Budak itu kini dirawat di hospital. Susulan kejadian itu, laluan dari Nutley Street dan Gallows Road ditutup selama beberapa jam.

Sejak 1999 hingga 2015, 711 kanak-kanak berusia 12 tahun di Amerika Syarikat (AS) telah membunuh diri dengan 507 adalah lelaki manakala 204 orang perempuan.

Sepanjang tempoh itu juga, 1,309 kanak-kanak berusia 5 hingga 12 tahun membunuh diri di AS, bersamaan kematian seorang kanak-kanak dalam masa lima hari.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.