Video : Siti Berkerusi Roda Curi Tumpuan Netizen

Penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza hamil hampir lima bulan semakin tidak mampu untuk berjalan jauh terpaksa ditolak menggunakan kerusi roda.

Menerusi Instagram miliknya, Siti Nurhaliza, 38, memuat naik video suaminya, Datuk Seri Khalid menolak kerusi roda yang dinaikinya di sebuah pusat beli belah.

“Jalan jauh tak larat, jadinya saya naik kerusi roda… #suamipecutmacamferrarri,” kata Siti, petik mStar.

Video tersebut telah menarik minat 730,000 penonton dan lebih 2,700 komen ditinggalkan daripada pengikut laman Instagramnya.

Rata-rata peminat Siti faham dengan keadaannya dan ada juga berkongsi pengalaman yang sama ketika mereka sedang mengandung.

Selain itu, mereka juga mendoakan Siti dan juga bayi dalam kandungannya agar sihat.

Pada 13 Oktober lalu, Siti menamatkan teka-teki mengenai kehamilannya apbila beliau mengesahkan sedang mengandung empat bulan selepas 11 tahun kahwin.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.