Video : Meremang! Video Detik-Detik Seekor Ular Menjadi Mangsa Seekor Lipan

Saling Memakan mangsa bukanlah fenomena yang aneh di dunia haiwan. Hal itu diperlukan untuk tetap bertahan hidup dan meneruskan proses evolusi. Namun, pernahkah anda melihat lipan raksasa bertarung dengan ular?

Pasukan ahli biologi dari Stesen Penyelidikan Alam Sekitar Sakaerat Thailand mendapati pertarungan yang jarang berlaku antara lipan gergasi (Scolopendra dawydoffi) yang banyak ditemui di Asia Tenggara dan ular berkepala hitam segi tiga (Sibynophis triangularis).

Seperti diwartakan Science Alert ular bukanlah makanan bagi lipan. Lipan lebih suka memakan serangga. Dalam peristiwa ini, lipan tersebut mempunyai keuntungan lebih berbanding ular.
kerana, ular betina tersebut tengah bertelur dan tidak mampu untuk melarikan diri.

“Lipan itu didapati sudah membungkus seluruh tubuh ular, yang tertangkap ketika ular masih mengeluarkan telur. Tiga telur sudah dikeluarkan, tetapi dua yang lain seolah-olah masih berada di dalam tubuhnya,” tulis penyelidik.

Untuk mendapatkan mangsanya, lipan menggunakan cakar yang juga berfungsi sebagai kaki.

Berdasarkan pemerhatian dan laporan terdahulu, para penyelidik juga menyimpulkan bahawa centipedes makan vertebrata lebih kerap daripada yang difikirkan sebelumnya. Hal ini cukup masuk akal kerana nilai nutrisi yang boleh didapatkan lipan dari ular dan katak tentu akan berkali-kali ganda bila dibandingkan dengan kumbang atau cengkerik.

Dalam kejadian berasingan, ular juga pernah menyerang lipan. Walau bagaimanapun, kejadian itu berakhir dengan tragis. Dalam jurnal ecologica Montenegrina ,  lipan yang telah dilahap tak begitu saja menyerah. Haiwan berkaki banyak itu mengikis tubuh ular dari dalam dan berusaha keluar.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.