Video: Gara-Gara Enggan Rujuk Kembali, Lelaki ini Nekad Bakar Bekas Isteri Semasa Di Supermarket

Cemburu boleh memberikan sedikit perasa dalam hubungan anda, tetapi cemburu yang melampau juga boleh menghancurkan sesuatu hubungan.

Dilaporkan oleh wartawan Grid.ID dari wereblog, Ana Efimov dan Alexander Efimov yang berasal dari Rusia bercerai pada tahun 2011. Namun setelah bercerai, Alexander masih saja menganggu bekas isterinya tersebut.

Ana kemudian melaporkan kejadian ini ke mahkamah Rusia bahawa bekas suaminya itu mengganggunya. Alexander pernah menuduh bekas isterinya tidur dengan lelaki lain sebelum mereka bercerai.

Tapi Alexander memohon kepada Ana untuk rujuk kembali bersamanya. Walau bagaimanapun, Ana enggan.

Pada bulan Mac 2014, ketika Ana bekerja di Magnit Supermarket, Alexander bertemu bekas isterinya itu.

Dia kemudian bertanya sekali lagi jika Ana ingin merujuk kembali. Alexander juga memberitahu Ana bahawa jika dia menolak, dia tidak akan teragak-agak untuk membunuhnya.

Ana mengatakan tidak kepada Alexander. Akibat terlalu marah, Alexander lalu menyiramkan petrol ke tubuh bekas isterinya itu. Kemudian Alexander menyalakan api ke tubuh badan Ana.

Kebakaran teruk menimpa tubuh Ana. Diselubungi api yang membakar tubuhnya, Ana berusaha membuka bajunya yang terbakar. Seorang lelaki juga menolong bagi memadamkan api ke atas tubuh wanita yang malang itu.

Paramedik dipanggil dan Ana dibawa ke hospital. Namun dia meninggal dunia keesokan harinya kerana luka bakar yang parah

Alexander kemudian dihukum penjara selama 18 tahun atas tindakannya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.