Ramai Fikir Mahasiswi Ini Dicabuli Polis Di Kelab Malam, Ternyata Pengakuannya Amat Mengejutkan

Seorang mahasiswi, Ksenia Smirnova yang berusia 18 tahun dan  seorang polis, Rodion Artyushin terpaksa berhadapan dengan perkara buruk yang merosakan  reputasi mereka berdua.

Keduanya mendadak terkenal selepas video hubungan seksual mereka di sebuah kelab malam, tersebar dalam media sosial di Rusia.

Menurut sebuah laporan dari portal online, Ksenia Smirnova, mahasiswi Pendidikan Guru itu,adalah mangsa pencabulan Rodion Artyushin, seorang petugas polis.

Mereka menyangkakan Ksenia diganggu oleh Rodion ketika dalam keadaan mabuk di Nizhny Novgorod.

Namun, laporan dari Metro, ternyata pengakuan yang dibuat Ksenia berbeza dari apa yang tersebar

Dia membuat pengakuan dalam tayangan live bersama pengikut akaun Instagramnya.

“Dia tidak mencabuli saya, kami sama-sama salah atas kejadian itu..

“Kami memang pernah kenal sebelum ini. Aku tidak membuat dakwaan untuk menuduh kesalahan padanya, dan aku tidak akan melakukannya. Aku sudah dewasa. Usiaku 18 tahun,” kata Ksenia.

Ksenia mengakui sedih dan kesal setelah diketahui melakukan hubungan seksual di tempat umum.

Namun, keluarganya telah meyakinkan Ksenia bahawa mereka akan terus berada di sisinya.

“Tidak ada yang boleh diperbaiki lagi sekarang, cerita ini sudah tersebar. Aku tahu aku bodoh, tapi perkara yang salah adalah perkara tersebut terjadi di tempat umum,” kata Ksenia.

Lelaki itu dikatakan masih belum memberi apa-apa komen.

Rodion sedang dalam proses latihan untuk menjadi polis kerana perbuatannya itu telah merosakkan imej anggota polis.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.