Produk Kosmetik dan Kesihatan Disyaki Beracun Bernilai RM1.6 Juta Dirampas

SEREMBAN – Jabatan Kesihatan negeri merampas 842 produk kesihatan dan kosmetik terlarang bernilai RM1.6 juta sejak Januari hingga Oktober tahun ini.

Pengarahnya, Dr. Zainudin Mohd. Ali berkata, antara jenis produk dan kosmetik yang dirampas termasuk yang tidak berdaftar serta disyaki tercemar dengan racun.

“Sebanyak 55 kertas siasatan telah dibuka pada tahun ini bagi menyiasat dan mendakwa mereka yang melakukan kesalahan tersebut.

“Kes-kes berkenaan disiasat bagi kesalahan di bawah peraturan 30(1) dan 18A(15) Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 yang boleh membawa hukuman di bawah Seksyen 12(1) Akta Jualan Dadah 1952,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini. – UTUSAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.