Pemandu Teksi Mengaku Tak Salah Rompak Penumpang

Seorang pemandu teksi mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur atas pertuduhan merompak seorang penumpang lelaki etnik Rohingnya, minggu lepas.

N Vimaresan, 46, didakwa merompak wang tunai RM2,000 milik Mohammad Shofiq Mohammad Shakir yang merupakan pemegang kad Pemegang Kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR), di Terminal Bersepadu Selatan, di Cheras, pada 2 petang, 24 Okt lepas.

Dia dituduh mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan boleh dikenakan denda atau sebat jika sabit kesalahan.

Timbalan Perdakwa Raya N Joy Jothi tidak menawarkan sebarang jaminan kerana kesalahan itu tidak boleh dijamin

Tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu jaminan minimum dengan alasan dia menjaga dua orang anak masing-masing berusia lima bulan dan lima tahun, selain ibunya yang uzur.

 

Hakim Mahyon Talib tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan menetapkan 15 Nov untuk sebutan semula kes. Tertuduh kemudiannya dihantar ke Penjara Sungai Buloh.- Bernama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.