PAN Restu Penyertaan Aishah Dalam Gegar Vaganza Musim Keempat

KUALA LUMPUR – Penyertaan penyanyi ‘Janji Manismu’ Aishah dalam program hiburan Gegar Vaganza musim keempat yang bermula malam tadi mendapat restu Parti Amanah Negara (PAN).

Ahli Jawatankuasa Pusat PAN, Hanipa Maidin berkata Aishah terlebih dahulu telah meminta keizinan parti sebelum menyertai program hiburan berkenaan.

“AMANAH memberi restu. Aisyah ialah penyanyi, maka AMANAH tidak pernah berhasrat untuk turn over (mengubah) dia menjadi ustazah khususnya instantaneous ustazah (ustazah segera),” kata Hanipa dipetik dari Malaysiakini.

Aishah atau nama sebenarnya Wan Aishah Wan Ariffin merupakan antara 12 peserta yang terpilih dalam Gegar Vaganza musim ini.

Sebelum ini Aishah pernah mewakili PAS bertanding dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) di Parlimen Jempol tetapi tewas dengan majoriti 8,629 undi.

Beliau bagaimanapun menyertai PAN setelah kumpulan Anwarinas dalam PAS tewas teruk dalam pemilihan parti itu pada 2015.

Mengulas lanjut, Hanipa yang juga Ahli Parlimen Sepang menyuarakan keyakinan Aishah mampu memberi sumbangan kepada masyarakat melalui bakat nyanyiannya.

“Setakat yang saya kenal, Aishah ini seorang yang berpendidikan daripada keluarga yang juga ramai yang berpendidikan.

“Untuk Kak Aishah, jangan hirau apa orang kata, khususnya orang yang rasa mereka suci,” katanya. – SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.