OPS Lalang: Mahathir Memang Tak Mahu Minta Maaf

Sejak beberapa hari lepas, beberapa badan bukan kerajaan (NG0) dan bekas tahanan Ops Lalang telah menggesa bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad meminta maaf dan menyatakan kekesalannya terhadap ratusan tahanan politik Ops Lalang pada 1987.

Suara-suara berkenaan kembali bergema selepas 30 tahun insiden Ops Lalang berlaku. Mereka mahu peristiwa hitam itu ditamatkan.

Dalam Ops berkenaan, seramai 119 orang telah ditahan tanpa bicara dibawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) termasuk pemimpin DAP Lim Kit Siang, Lim Guan Eng, dan mendiang Karpal Singh.

Namun sehingga kini, tiada sekelumit perkataan maaf pun keluar dari mulut Mahathir yang juga pengerusi Pakatan Harapan (PH). Ini memang dijangkakan kerana jika beliau mahu berbuat demikian, Mahathir tidak perlu menunggu sehingga 30 tahun.

Bukan sahaja insiden Ops Lalang ini, malah kalau dilihat dalam hal lain termasuk tuduhan liwat terhadap Anwar Ibrahim. Walaupun banyak gesaan oleh pembangkang termasuk presiden PKR, Wan AzizaH Wan Ismail sendiri supaya beliau meminta maaf daripada Anwar, namun Mahathir tidak berbuat demikian.

Mahathir telah memecat Anwar dari Kabinet dan kemudian dari UMNO pada 1998, dengan menuduh bekas timbalan perdana menteri itu sebagai homoseksual dan menyalahgunakan kuasanya.

Begitu juga dalam kenyataan celuparnya mengenai Bugis, di mana Mahathir telah menghina keturunan Bugis ketika berucap pada himpunan anti kleptokrasi pada awal bulan ini.

Meskipun didesak banyak pihak termasuk Perhimpunan Pemuda Bugis Makassar Indonesia (PPBMI) yang mahu beliau meminta maaf secara terbuka, namun Mahathir enggan.

Walaupun Mahathir mengaitkan keturunan Bugis kerana mahu menyinggung perasaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak namun penghinaan itu telah menyinggung perasaan keturunan Bugis di seluruh dunia.

Melihat kepada insiden terbabit, boleh dilihat bahawa Mahathir tidak akan memohon maaf atas ops lalang itu.

Bak kata isteri kepada salah seorang bekas tahanan ISA dalam Ops Lalang, Dr Anne Munro-Kua, bahawa operasi itu terang-terangnya dirancang.

“Saya masih marah…saya marah dengan tahap ketidakadilan dan penipuan dan beliau tidak perlu minta maaf, saya kagum. Itulah yang paling kurang dari seorang manusia kepada manusia yang lain,” kata isteri kepada Kua Sia Koong.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.