Lelaki Ini Dibawa Ke Hospital Dengan Keadaan Tertusuk Besi 40 Sentimeter , Ini Nasibnya

Nyawa pemandu yang berasal dari China ini nyaris melayang setelah terlibat dalam kemalangan parah.

Dipetik dari laman Dailymail, kemalangan tersebut terjadi di jalan raya di China beberapa hari lalu ketika lelaki itu sedang menghantar isterinya bekerja.

Dalam perjalanan menuju ke pejabat isterinya, lelaki yang berumur 33 tahun itu hilang kawalan hingga melanggar sederet tiang penghalang jalan.

Satu tiang penghalang tersebut telah menembusi depan keretanya lalu tersusuk pada bahagian dada kanan lelaki tersebut bahkan menembusi hingga ke kerusi yang didudukinya.

Selang beberapa minit, beberapa petugas bomba dan polis tiba di lokasi kejadian. Petugas bomba dan polis perlu mencabut kursi yang didudukinya supaya boleh membawanya ke hospital.

Sampai di hospital pasukan perubatan dengan segera mengeluarkan tiang tersebut dari tubuhnya. .Selama tujuh jam masa yang diambil bagi mengeluarkan tiang itu dari badannya.

Dr. Shen Zixuan, di Hospital Afiliasi Universiti Kedoktoran Guizhou berkata pesakit tersebut di hantar ke wad kecemasan.

“Lelaki tersebut dalam keadaan kritikal kerana kehilangan darah yang berlebihan selama perjalanan ke hospital .” ujar Dr Shen.

Petugas bomba dipanggil untuk memisahkan kerusi dari tiang sebelum proses selanjutnya diteruskan.

Selepas itu, pesakit kemudiannya dipindahkan ke bilik pembedahan dan diberikan anestesia am.

“Doktor berjaya memisahkan tiang panjang 40 sentimeter (1.3 kaki) dari dada pesakit,” katanya.

Para doktor juga turut mengeluarkan rangkaian paru-paru yang rosak dan memperbaiki pembuluh darah di sekitar kawasan yang terluka.

Kini lelaki itu dipindahkan ke unit rawatan intensif untuk pemerhatian lanjut.

Sementara itu, polis Guizhou kini sedang menyiasat punca kemalangan tersebut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.