Kisah Sedih Sebuah Pulau Tromelin

Pulau Tromelin bukanlah sebuah pulau yang terkenal dek kecantikan batu karang dan laut birunya.

Pulau yang tidak mempunyai hutan hijau tropika ini menghangatkan atau haiwan eksotik yang menarik seperti lokasi pelancongan lain.

Bahkan pulau kecil yang hanya tujuh meter tinggi daripada paras laut ini tidak menjadi tarikan kepada mana-mana pelancong atau pelayar, seperti memetik Sinar.

Tidak dikenali kebanyakan orang, pulau ‘kosong’ yang bertanah rata dan lapang ini menyimpan kisah sedihnya yang tersendiri.

Pulau Tromelin adalah sebuah pulau rendah dan rata di Lautan Hindi kira-kira 450 kilometer timur Madagascar.

Ia ditemui pada sekitar 1720an oleh pemandu arah Perancis, Jean Marie Briand de la Feuillée dan  dinamakan sebagai Ile des Sables (Pulau Pasir).

Hasil carian menerusi Wikipedia menyatakan Tromelin ditadbir sebagai wilayah Perancis di luar negara, bagaimanapun Mauritius mendakwa kedaulatan ke atas pulau itu, atas dasar ketiadaannya dalam penyenaraian artikel ke-8 versi Perancis dari Perjanjian 1814 Paris.

Meskipun menjadi rebutan dua negara, pulau ini tidak mempunyai keistimewaan yang membolehkan ia dijadikan pulau pelancongan.

Pulau Tromelin hanya menjadi pusat perlindungan bagi burung dan penyu yang tiba untuk bersarang atau mencari teduhan.

Tromelin pernah mencatat kisah sedih sekitar tahun 1760an di mana sebuah kapal Perancis yang dinamakan Utile terdampar selepas melanggar terumbu karang yang mengelilingi pulau tersebut.

Tinggalan peralatan dan perkakas memasak. Sewaktu perlanggaran, kapal tersebut dalam perjalanan ke Mauritius daripada Madagascar dan turut membawa 160 hamba.

Bagaimanapun penulis buku Atlas of Remote Islands: Fifty Islands I Have Never Set Foot On and Never Will, Judith Schalansky mendakwa kapal tersebut telah membuat pelayaran ke Malaysia ketika kemalangan tersebut berlaku.

Kru kapal telah membuat rakit dengan sisa kapal yang ada dan belayar pergi meninggalkan 60 hamba tersebut terdampar di pulau itu.

Kesemua pegawai dan kru kapal dikatakan telah membuat pelayaran ke Providence, ibu kota Pulau Rhode.

Mereka turut berjanji untuk kembali semula menyelamatkan hamba-hamba yang telah ditinggalkan.

Namun janji hanya tinggal janji, tahun demi tahun, kesemua hamba yang terdampar tidak diselamatkan.

Tak mudah membina hidup di sebuah pulau tak berpenghuni.

Kebanyakan hamba tidak dapat diselamatkan dalam tempoh beberapa bulan pertama terkandas di pulau tersebut.

Namun mereka tidak berputus asa. Orang-orang yang terkandas di pulau tersebut membina teduhan dan tempat tinggal menggunakan batu karang.

Tapak tempat tinggal atau teduhan yang dibina oleh hamba-hamba dengan menggunakan batu dan karang.

Mereka juga membina tempat tinggi untuk melihat laluan kapal, berharap agar mereka dapat diselamatkan oleh mana-mana kapal yang menyedari kelompok tersebut.

Kira-kira 15 tahun kemudian, pada 1776, sebuah kapal perang Perancis, Chevalier de Tromelin, datang ke pulau itu dan menyelamatkan hamba-hamba yang masih hidup iaitu tujuh wanita dan seorang bayi berusia lapan bulan.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.