Kevin Spacey Mengaku Gay

Pelakon Hollywood, Kevin Spacey akhirnya mendedahkan bahawa dia adalah seorang gay. Kenyataan itu dibuatnya sebagai menjawab dakwaan pelakon Star Trek dan Rent, Anthony Rapp bahawa pelakon berkenaan cuba menggodanya ke arah hubungan seksual ketika dia hanya berusia 14 tahun.

“Saya sangat menghormati dan menyanjungi Anthony Rapp sebagai pelakon. Secara jujur saya tidak ingat kejadian itu, ia lebih 30 tahun lalu. Tetapi jika saya berkelakuan seperti yang dinyatakan, saya memohon maaf kepada kerana mabuk dan berperangai tidak sepatutnya,” kata Spacey.

Menurut pelakon House of Cards itu, dia menjalinkan hubungan dengan lelaki dan wanita sepanjang hidupnya tetapi kini memilih untuk hidup sebagai lelaki gay.

Rapp sebelum ini memberitahu BuzzFeed News bahawa dia bertemu dengan Spacey, pada 1986 ketika lelaki itu berusia 26 tahun manakala dia pula berusia 14 tahun.

Dia mendakwa Spacey menjemputnya ke sebuah apartment di New York untuk menghadiri satu parti dan dan menjemputnya ke bilik tidur untuk menonton televisyen.

Ketika itu, kata Rapp, Spacey mabuk dan menindih badannya. Dia bernasib baik kerana dapat melarikan diri dan masuk ke dalam bilik air, sebelum menutup pintu.

Rapp kemudiannya meninggalkan apartment terbabit. Rapp masih belum memberikan komen terhadap kenyataan Spacey namun netizen menuduh Spacey sengaja mendedahkan dirinya adalah gay sebagai usaha untuk mengalihkan isu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.