Jualan Di Mara Digital Mall Cecah RM28 Juta Sejak Ditubuhkan

KUALA LUMPUR – Pusat teknologi maklumat dan komunikasi (IT) Mara Digital Mall mencatat jumlah jualan lebih RM28 juta sejak ditubuhkan pada Disember 2015, persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah Datuk Alexander Nanta Linggi berkata sebahagian besar jumlah itu diperoleh Mara Digital Menara di ibu negara iaitu RM26 juta, manakala lebih RM2 juta diperoleh Mara Digital Anggerik Mall, Shah Alam.

“Sehingga kini, terdapat 4 Mara Digital iaitu Mara Digital Menara Mara, Kuala Lumpur, Mara Digital Anggerik Mall, Shah Alam, Mara Digital Ipoh dan Mara Digital Kuantan.

“Bagi 2 premis Mara Digital iaitu di Ipoh dan Kuantan, jumlah jualan belum diperoleh kerana kedua-duanya baru beroperasi bulan ini,” katanya ketika menjawab soalan Jeff Ooi Chuan Aun (DAP-Jelutong).

Nanta berkata kementerian bercadang mewujudkan Mara Digital di setiap negeri dan pada masa ini Mara telah mengenal pasti 4 lagi lokasi iaitu di Johor, Melaka, Terengganu dan Kelantan. – BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.