Dituduh Panggil Polis `Monyet-monyet Berseragam Coklat’, Ustaz Maaher Mohon Maaf

Seorang pendakwa Indonesia, Ustaz Maaher At-Thuwailibi telah mencetuskan kontroversi apabila beliau menyinggung polis di negara itu apabila video beliau melabelkan mereka sebagai `monyet-monyet berseragam coklat’ telah menjadi viral.

Meskipun tidak menyebut secara jelas siapa yang ditujukan sebagai monyet itu, namun netizen yakin ia ditujukan kepada polis kerana seragam polis di negara itu berwarna coklat.

Lebih mengejutkan apabila beliau menyatakan bahawa kumpulan militan ISIS hanya dijadikan sebagai kambing hitam.

“Negara ini sebenarnya, Indonesia ini pemerintah ini sebenarnya monyet-monyet berseragam cokelat itu bukan anti sama ISIS. ISIS itu kambing hitam. Mereka anti kepada Islam,” ucap ustaz itu dalam ceramahnya.

Susulan itu, beliau menerima kecaman daripada netizen. Terkait dengan kontroversi tersebut, Maher akhirnya menjelaskan maksud `monyet-monyet berseragam coklat’ itu tidak ditujukan kepada lembaga atau institusi tertentu.

Beliau juga meminta maaf kepada pemeritah, ulama dan rakyat Indonesia di atas kenyataannya itu yang telah menimbulkan keresahan.

“Kalimat ‘Monyet-monyet berseragam coklat’ yang kami sebutkan sama sekali bukanlah di tujukan kepada lembaga atau institusi tertentu.

“Selebihnya dari isi ceramah kami yang terlanjur viral tersebut berupa pernyataan-pernyataan yang kurang baik dan menimbulkan keresahan, maka kami memohon maaf kepada segenap rakyat Indonesia, Pemerintah Republik Indonesia, para Ulama, dan semua pihak yang merasa tidak nyaman dengan isi ceramah kami tersebut,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.