Diseksa Selama 25 Tahun dan Diperkosa Ayah Kandungnya, Ibunya Hanya Buat Hal Menyakitkan Ini

Colin Potter  yang berusia  48 tahun ini telah dipenjara dua kali kerana memukul anak perempuannya sejak usia lima minggu.

Malangnya, isterinya Potter, Anna Marie, 48, menyebelahi lelaki tersebut. Dan dua kali Katie diberikan kepada ayahnya oleh pekerja sosial.

Minggu ini Katie yang kini berusia 29 tahun, akhirnya melihat ayahnya berada dalam penjara selama 22 tahun.

Hukuman itu 3 tahun itu lebih rendah berbanding dia menghabiskan masa untuk dirogol dan diseksa dengan cengkaman sadisnya.

Pada masa Potter dikurung untuk senarai kejahatannya, termasuk 12 perkosaan, Katie berkata, “Masa kecilku disiksa, namun keadaan boleh jadi lebih buruk.

“Saya tidak faham mengapa pekerja sosial menghantar saya kembali untuk tinggal bersama ibu bapa saya apabila mereka tahu betapa buruknya penderaan fizikal.

“Saya boleh mati, gangguan seksual adalah buruk, tetapi saya tidak berani memprotes kerana akan dipukul,” kata Katie.

Ibunya, telah memutuskan hubungan dengan Katie, malah memilih untuk berada di samping Potter.

Fail penjagaan anak perempuannya, menunjukkan bahawa dia mengetahui kekerasan fizikal yang dialami Katie, namun memilih untuk tidak menceraikan suaminya.

“Aku tiada tempat mengadu . Aku menderita bertahun-tahun dan tidak boleh melakukan apa-apa.” Kata Katie.

Pekerja sosial menyatakan bahawa Katie kerap mengalami luka dan lebam ketika bersama dengan Potter. Di antara banyak kecederaan, dia pernah dirawat kerana mengalami luka melecur dan tengkorak yang retak.

Potter pertama kali disabitkan kesalahan kerana melakukan kecederaan fizikal selepas kelahiran Katie pada tahun 1988.

Potter, yang merupakan bekas pemandu trak kamera BBC, menghabiskan masa empat bulan di penjara tetapi dibenarkan menghubungi Katie apabila dibebaskan.

Katie dijaga oleh ibu bapa ibunya tapi Potter meminta  untuk mengambilnya kembali.

Potter mendapat kebenaran pada tahun 1995 kemudian tahun berikutnya, ketika dia berumur lapan tahun, mahkamah memutuskan bahawa Katie boleh pulang ke rumah.

Dia berkata, “Aku tidak dapat mengingat penderaan itu, aku sangat muda,”

Katie berkata, “Serangan seksual pertama terjadi ketika aku baru saja berusia 13 tahun. Ayah menyimpan beberapa minuman keras di bawah wastafel dapur.”

“Dia membuatku mabuk, membawaku ke biliknya dan menyuruhku melakukan seks padanya. Itu menjijikkan dan dia terus memperkosaku,” katanya.

Kejahatan itu berlanjut sampai usia Katie 20 tahun dan tidak ada yang membantunya.

“Ketika saya habis sekolah dan mendapat pekerjaan di sebuah sebuah kedai, Ayah akan mengikuti saya untuk memastikan saya pergi tepat pada masa.

“Jika aku terlambat pulang, dia akan melempar barang ke arahku.”

“Tapi ibu menganggap ia adalah salahku. Dia bahkan menyuruhku untuk meminta maaf dan membelikannya hadiah,” katanya.

Potter menjadi sangat marah ketika Katie memulai hubungan dengan kekasihnya Alan Griffiths pada tahun 2013. Dia mengintip mereka dan melihat telefon bimbitnya.

“Ayah tidak nampak saya apabila saya memberikan keterangan di mahkamah dan dia tidak menunjukkan emosi apabila dia dihukum,” ujar Katie.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.