Dihukum Di Khalayak Ramai, Suami Diam Lihat Isteri Direjam Dengan Batu

Seorang wanita maut selepas direjam dengan batu oleh kelompok militan Al-Shabab selepas didakwa melakukan zina. Kejadian itu disaksikan ramai kerana hukuman berkenaan dijalankan di khalayak ramai.

Hukuman berkenaan dijalankan di k0ta Saakow, Somalia, selepas kumpulan militan tersebut mendapat laporan daripada suami wanita itu, Ali Ibrahim Ali.

Menurut laporan, Ali dengan isterinya itu telah mempunyai lapan anak. Pada suatu hari wanita berkenaan meminta izin untuk mengunjungi keluarganya.

Bagaimanapun selepas 18 hari, wanita itu tidak kembali dan Ali kemudiannya mendengar berita bahawa isterinya telah bernikah lagi di sebuah desa.

Ketika ditanya hakim, wanita itu mengaku telah menikah dengan lelaki lain dan susulan itu hukuman rejam dengan badannya ditanam dalam tanah, hingga terlihat kepala telah dijalankan.

Wanita itu akhirnya meninggal dunia manakala suami keduanya, Farah Abdirahman Jelle telah melarikan diri.