Bintang Manchester United Hidap Penyakit Misteri

Seorang pemain bintang Manchester United dilaporkan tidak dapat bermain kerana menghidap penyakit misteri.

Michael Carrick sering berasa pening-pening sejak perlawanan terakhirnya hampir enam minggu lalu.

Menurut laoran The Sun, Ketua perubatan Manchester United, Steve McNally cuba mengenal pasti punca kepada masalah kesihatan Carrick selepas tampil menentang Burton, satu-satunya pertandingan yang disertainya musim ini, petik mStar.

Difahamkan pemain berusia 36 tahun itu berasa pening dan sakit setelah menang Piala EFL dan masalah itu juga muncul ketika sesi latihan.

Carrick tidak lagi bermain sejak kemenangan 4-1 United pada 20 September.

Ketiadaannya telah menambah masalah pengurus Jose Mourinho di bahagian tengah padang dengan Paul Pogba kini mengalami kecederaan hamstring.

Marouane Fellaini pula cedera lutut dan kini hanya tinggal Ander Herrera dan Nemanja Matic sebagai pilihan.

Tidak dapat dipastikan bila Carrick akan kembali ke pasukan pertama.

Mourinho menegaskan bahawa bekas pemain tengah Tottenham Hotspur itu mempunyai peranan yang besar untuk dimainkan musim ini tetapi kecewa kerana dia hanya tampil selama 90 minit menentang Burton.

Pengurus England, Gareth Southgate juga memuji Carrick tetapi dia mahu melihat masa depan, justeru dia memilih seorang lagi pemain Spurs Harry Winks, 21.

Sementara itu, Pogba mungkin kembali untuk berdepan dengan Chelsea hujung minggu depan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.