Berdas Tembakan, Bos Pengurup Wang, Kakitangan Parah

KUALA LUMPUR ― Seorang wanita tempatan yang merupakan majikan sebuah syarikat pengurup wang dan pekerjanya warga Pakistan cedera parah ditembak di hadapan sebuah perhentian bas di Bandar Teknologi Kajang di Kajang, dekat sini, malam tadi.

Menurut Ketua Polis Daerah Kajang ACP Ahmad Dzaffir Mohd Yussof berkata kejadian berlaku pada kira-kira 9.35 malam ketika wanita berusia 61 tahun itu menurunkan lelaki itu di perhentian bas itu untuk pulang ke rumah.

“Ketika itu suspek menghampiri kereta mangsa menggunakan kereta jenis Proton Wira dan melepaskan beberapa das tembakan ke arah mangsa,” katanya lapor Bernama.

Beliau berkata wanita itu cedera di bahagian rahang kanan manakala pekerjanya cedera di bahagian dagu dan kedua-duanya yang dihantar ke Hospital Kajang untuk rawatan akan menjalani pembedahan hari ini bagi mengeluarkan peluru.

Katanya polis turut menemukan beberapa kelongsong peluru di tempat kejadian.

Kes diklasifikasikan sebagai samun bersenjata api dan disiasat mengikut Seksyen 3, Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971, katanya. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.