Bekas Pembantu Rapat Trump Didakwa Menentang AS

WASHINGTON – Bekas Pengerusi kempen Presiden Donald Trump, Paul Manafort, didakwa hari ini dengan konspirasi menentang Amerika Syarikat dan penggubahan wang haram, yang pertama hasil siasatan mengenai campur tangan Russia pada pilihan raya presiden 2016.

Menurut AFP, Manafort dan rakan perniagaannya, Rick Gates, didakwa menyembunyikan jutaan dolar yang diperoleh kerana bekerja untuk bekas ahli politik Ukraine, Viktor Yanukovych dan parti politiknya yang pro-Moscow, lapor BH.

Pendakwa raya khas, Robert Mueller, mengumumkan 12 dakwaan terhadap kedua-duanya, yang pertama terhadap bekas pembantu rapat Trump susulan siasatan persekutuan mengenai cubaan Russia campur tangan supaya kemenangan berpihak kepada Trump pada pilihan raya Presiden. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.