Aktor Kim Joo-hyuk Terbunuh Dalam Nahas Jalan Raya

Khabar duka dari dunia hiburan Korea Selatan. Aktor Kim Joo-hyuk, 45, meninggal dunia selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya di Samseong-dong, Seoul, hari ini.

Dalam kejadian pada pukul 4.30 petang itu, kereta Mercedes-Benz SUV yang dipandu oleh Kim telah terbalik dan terbakar.

Kim diselamatkan oleh anggota Bomba dan dikejarkan ke Pusat Perubatan Universiti Konkuk, namun meninggal dunia.

Dia paling diingati ketika membawa watak sebagai wartawan dalam drama bersiri “Argon”, September lalu.

Anak kedua kepada mendiang pelakon Kim Mu-saeng, ini mula berlakon pada 1998 dalam drama “Letters Written on a Cloudy Day.”.

Jumaat lalu, Kim memenangi anugerah pelakon pembantu terbaik dalam Seoul Awards untuk filem “Confidential Assignment.”

Pada Disember 2016, Kim dikhabarkan mempunyai hubungan dengan aktress Le You -Young.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.