Wanita Tertua Dunia Suka Makan Telur

VERBANIA, Itali  – Wanita tertua di dunia yang dijangka menyambut hari lahir ke-117 bulan depan dikenali sebagai seorang yang gemar memakan telur, lapor AFP.
“Saya makan dua biji telur sehari, itu sahaja. Saya juga menjamah biskut tapi tidak banyak kerana saya tidak mempunyai gigi,” kata Emma Morano yang lahir pada tahun 1899 itu.

 

Morano dikatakan telah mengamalkan pemakanan itu sejak 90 tahun lalu dan sepanjang tempoh tersebut, wanita itu dipercayai telah memakan lebih daripada 100,000 telur.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.