Lelaki Cuba Bakar Diri Dalam Pesawat

MADRID – Sebuah pesawat Monarch Airlines ke Birmingham, United Kingdom (UK) dari Tenerife, Sepanyol terpaksa berpatah balik ke Lapangan Terbang Kepulauan Canary dekat sini, kelmarin apabila seorang penumpang cuba membakar dirinya menggunakan pemetik api.

 

 

Mail Online melaporkan, lelaki berkenaan juga turut bertindak berani apabila ‘menyerang’ seorang pramugari pesawat pe­nerbangan ZB933A tersebut sambil disaksikan penumpang lain yang ketakutan.

 

 

Akibat kejadian itu, penumpang yang kebanyakannya baru pulang bercuti terpaksa menunggu kira-kira tujuh jam di dalam pesawat berkenaan sementara polis berusaha menangani kes kecemasan ber­kenaan.

 

 

insiden itu berlaku tidak lama selepas pesawat tersebut berlepas dan terpaksa berpatah balik ekoran kelakuan menjengkelkan penumpang terbabit.

 

 

Bagaimanapun, insiden itu tidak berkaitan dengan unsur keganasan.

 

 

Menurut seorang wanita, penumpang itu bertindak membakar tangannya dengan pemetik api kira-kira sejam selepas pesawat ZB933A berlepas.

 

 

“Pramugari meminta lelaki itu menyerahkan pemetik api. Bagaimanapun dia enggan malah cuba menyalakan pemetik api ke muka pramugari. Juruterbang kemudian­nya memutuskan untuk berpatah balik ke lapangan terbang,” katanya.

 

 

Sementara itu, jurucakap Monarch Airlines mengesahkan penumpang terbabit dipe­rintah keluar daripada pesawat dan ditahan untuk membantu siasatan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.